Dua kali Anwar ‘buka ruang’ undi tak percaya - Fahmi NEW
  • 3 bulan lalu
Dua kali Anwar ‘buka ruang’ undi tak percaya - Fahmi

BERITA SEMASA 12 JANUARI 2024

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membidas kenyataan pembangkang bahawa tiada jaminan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri akan diterima oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Sebaliknya, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuka ruang dua kali untuk berdepan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Menerusi satu hantaran di laman X, Fahmi turut melampirkan dua laporan media mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar pada 30 Julai lalu yang sedia memendekkan tempoh memfailkan notis kepada tiga hari, berbanding 14 hari jika pembangkang mempunyai sokongan mencukupi bagi membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #usulunditidakpercaya #bidaskenyataanpembangkang