Koo Ham syak kebakaran disebabkan kenyataan sentuh Islam

  • 4 bulan lalu
Koo Ham syak kebakaran disebabkan kenyataan sentuh Islam

BERITA SEMASA 10 JANUARI 2024

Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengesyaki kejadian kebakaran rumahnya dipercayai disebabkan kenyataan media mengenai cadangannya menyentuh isu hal ehwal agama Islam yang dibuat sebelum ini.

Alasan tersebut diberikan kerana sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat sepanjang 33 tahun tidak pernah berlaku kejadian seumpama itu.

Malah katanya, tidak ada sebarang ugutan mahupun amaran diterima berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, terdapat pemimpin politik yang memutar belit kenyataan media yang dibuat pada 28 Disember lalu sehingga mendatangkan kebencian melampau kepadanya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643651/berita/semasa/koo-ham-syak-kebakaran-disebabkan-kenyataan-sentuh-islam

#SinarHarian #SinarLive #kebakarankediamanNgehKooHam