Restoran 'seafood' cekik darah di Pulau Pangkor kena serbu

  • 4 bulan lalu
Restoran 'seafood' cekik darah di Pulau Pangkor kena serbu

BERITA SEMASA 8 JANUARI 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak dan KPDN Cawangan Manjung mengambil tindakan ke atas sebuah premis yang tular menjual makanan hasil laut pada harga tinggi di Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada Ahad.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata menerusi Ops Samar dijalankan, premis berkenaan didakwa tidak meletakkan tanda harga ke atas makanan hasil laut yang belum dimasak serta didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan.

Sebaliknya premis itu hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform dilakukan.

Pemeriksaan dan perbandingan harga makanan di premis yang diadu juga didapati lebih tinggi berbanding harga makanan yang sama di premis lain sekitar Teluk Nipah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643135/edisi/perak/kpdn-perak-serbu-restoran-seafood-cekik-darah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #MakananLaut #Mahal #TelukNipah