SK Temai dijangka mula sesi persekolahan bersemuka Isnin depan
  • 4 bulan lalu
SK Temai dijangka mula sesi persekolahan bersemuka Isnin depan

BERITA SEMASA 5 JANUARI 2023

Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pekan yang terjejas banjir dijangka akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka Isnin minggu hadapan, lapor wartawan Sinar Harian Nik Amirulmumin Nik Min.

Ia kerana, sekolah yang memiliki 128 murid dan 15 guru itu belum dapat dibuka ekoran masih digenangi air sedalam 0.48 meter pada Khamis.

Paras air yang masih tinggi dikhuatiri berisiko kepada keselamatan murid sekolah berkenaan termasuk 15 guru.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642576/edisi/pahang/sekolah-masih-digenangi-air-banjir

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pekan #Banjir