Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam pengeboman di Iran - Wisma Putra

  • 4 bulan lalu
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam tragedi pengeboman di Kerman Cemetary di bandar Kerman pada Rabu ( 3 Jan) yang mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang dan beratus-ratus lagi cedera, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Khamis.

Wisma Putra memaklumkan kedutaan Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.