Boleh kongsi E-LKM melalui aplikasi MYJPJ bermula hari ini

  • 5 bulan lalu
Boleh kongsi E-LKM melalui aplikasi MYJPJ bermula hari ini

BERITA SEMASA 2 JANUARI 2024

Orang awam boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) menggunakan fungsi baharu iaitu ‘Kongsi LKM’ di aplikasi MyJPJ bermula Selasa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, melalui fungsi baharu ini, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM dengan ahli keluarga, rakan-rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh pemilik kenderaan.

Jelasnya, pemilik kenderaan hanya perlu klik nombor plat kenderaan dan seterusnya klik butang ‘Kongsi LKM’ untuk membuat perkongsian e-LKM kepada individu lain.

Menurut Anthony, fungsi itu mempunyai tempoh had masa perkongsian yang boleh ditetapkan pemilik kenderaan dan kod pengaktifan perlu diberikan kepada penerima untuk mengaktifkan perkongsian.

Dalam pada itu, bagi memudahkan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ secara digital, katanya, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642250/berita/nasional/boleh-kongsi-e-lkm-melalui-aplikasi-myjpj-bermula-hari-ini

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #E-LKM #MYJPJ