Kerajaan perlu lebih tegas beri penerangan
  • 4 bulan lalu
Pemerintah perlu lebih agresif dan tegas dalam menjalankan kerja-kerja penerangan bagi memastikan dasar-dasar dan program-program kerajaan dapat disampaikan dengan baik kepada rakyat selain menangkis naratif-naratif pembangkang.

Pensyarah Kanan UiTM, Dr Che Hamdan Che Mohd Razali berpandangan adalah wajar Kementerian Komunikasi dan Digital dipecahkan kepada dua di mana pengalaman Menteri Digital yang baru dilantik, Gobind Singh Deo akan dapat membantu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengetengahkan agenda kerajaan untuk difahami rakyat.

Beliau berkata demikian dalam forum Sinar Live bertajuk "Pasukan baru Anwar" di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:
FACEBOOK: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1383899885831473
YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=7H4WZw_bzh4
TWITTER: https://twitter.com/SinarOnline/status/1734468396014817679
PORTAL: https://www.sinarharian.com.my/article/639328/video/sinar-live-video/sinar-live-pasukan-baru-anwarnbsp

#SinarLive #SinarHarian #KerajaanMadani #Kabinet #KerajaanPerpaduan