Tiga pondok bayaran parkir dipecah, dibakar

  • 6 bulan lalu
Tiga pondok bayaran parkir dipecah, dibakar

BERITA MOJO 5 DISEMBER 2023

Tiga pondok bayaran parkir kenderaan di sekitar Dataran Rimba Square, Gong Badak di Kuala Nerus dirosakkan dengan dibakar dan dipecahkan dalam tiga kejadian berasingan bermula Oktober lalu dan bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian Norhaspida Yatim.

Terbaharu, pondok yang diselia syarikat swasta itu disedari rosak pada awal pagi Selasa sekitar jam 5 pagi menjadikan jumlah kerugian ditanggung dianggarkan lebih RM10,000.

Wakil syarikat, Norshafina Ab Fatah berkata, insiden seperti itu berlaku kali ketiga selepas dua lagi pondok baharu dibina dirosakkan pada 8 Oktober dan 4 Disember lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638107/edisi/terengganu/tiga-pondok-bayaran-parkir-dipecah-dibakar

Muzik: elevate/bensound

#SinarHarian #BeritaMojo #SinarTerkini