Penduduk dinasihat elak main banjir

  • 5 bulan lalu
Penduduk dinasihat elak main banjir

BERITA MOJO 4 DISEMBER 2023

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan menasihatkan penduduk mengelak daripada bermain banjir bagi mengekang risiko lemas atau penyakit bawaan air, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Adila Sharinni Wahid.

Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata, pihak ibu bapa dan komuniti juga diminta memainkan peranan untuk memastikan keselamatan anak masing-masing.

“Dari segi keselamatan anak-anak di tempat-tempat banjir ini, kami meminta para ibu bapa pantau anak-anak yang bermain air.

“Kita tidak mahu perkara tidak diingini berlaku kerana paras air boleh menaik pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita ketika lawatan ke pekan Rantau Panjang dan Kampung Bagus, Rantau Panjang pada Ahad.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate/bensound.com

#SinarHarian #BeritaMojo #SinarTerkini