Johari cadang pindahan tunai elak ketirisan subsidi minyak masak peket
  • 5 bulan lalu
BERITA SEMASA 27 NOVEMBER 2023

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mencadangkan sistem pindahan tunai diberikan terus kepada isi rumah yang layak bagi mengelakkan ketirisan subsidi minyak masak paket.

Beliau berkata sistem pindahan tunai itu membolehkan subsidi sampai kepada golongan B40 dan memudahkan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Subsidi #minyakmasak