Penduduk Bukit Jelutong berhimpun pertahan kawasan hijau terakhir
  • 5 bulan lalu
Penduduk Bukit Jelutong berhimpun pertahan kawasan hijau terakhir

BERITA MOJO 18 NOVEMBER 2023

Lebih 1,000 penduduk Bukit Jelutong berkumpul menyuarakan ketidakpuasan terhadap rancangan pemaju yang mahu mengambil padang golf untuk projek pembangunan perumahan, lapor wartawan SInar Harian, Norafiza Jaafar.

Pendedahan tentang kebenaran rancangan tersebut mengejutkan penduduk yang mendakwa keputusan tersebut dibuat secara rahsia ketika penularan pandemik Covid-19.

Himpunan seawal jam 8.30 pagi itu mendesak pemaju tidak meneruskan projek berkenaan yang memberi impak kepada persekitaran termasuk densiti tinggi dan kesesakan lalu lintas teruk.

Hadir pada bantahan tersebut ADUN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi serta bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.  

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/635151/edisi/selangor-kl/penduduk-bukit-jelutong-berhimpun-pertahan-kawasan-hijau-terakhir

Muzik: Jordi Dalmau - Mystery

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #BukitJelutong #Covid-19