Konvoi Awie redah hujan demi Palestin

  • 6 bulan lalu
Konvoi Awie redah hujan demi Palestin

BERITA MOJO 14 NOVEMBER 2023

Biarpun hujan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, ia bukan penghalang buat lebih 300 peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi yang diketuai lagenda rock tanah air, Datuk Awie untuk tiba di Masjid Sultan Idris Shah II yang juga Masjid Negeri Perak demi solidariti terhadap rakyat Palestin, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Konvoi diketuai kelab motosikal Wings Motor Gang Society (WMGS) Asean bergabung bersama 11 lagi kelab motosikal berkuasa tinggi sempena program Solidarity Ride Free Palestine WMGS Asean ke Masjid Negeri Perak pada Isnin.

Ketibaan konvoi berkenaan turut disambut Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Mohd Azlan Helmi; Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Mohamad Hamidi Baharuddin dan Imam Utama Masjid Negeri Perak, Ridzuan Zaidin

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/634394/berita/hiburan/konvoi-motor-besar-awie-redah-hujan-lebih-200km-demi-palestin

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #KonvoiAwie #LagendaRock #MasjidSultanIdrisShahII #SolidarityRideFreePalestineWMGSAsean