Emosi terganggu tengok penderitaan kanak-kanak di Gaza, Fasha Sandha pilih diam isu boikot
  • 5 bulan lalu
FASHA Sandha bertindak untuk menyekat akaun mana-mana individu di Instagram yang membuat hantaran berkenaan kekejaman rejim zionis terhadap penduduk di Gaza terutamanya melibatkan kanak-kanak.

Fasha berkata, sebagai ibu kepada tiga cahaya mata dia tidak tergamak melihat gambar atau foto kesengsaraan terpaksa dihadapi mereka kerana ia akan menganggu emosinya.

Fasha juga mengakui tidak selesa untuk mengulas mengenai kempen boikot produk-produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.
Disyorkan