HPPNK 2023 anak muda teruja bidang agro
  • 5 bulan lalu
HPPNK 2023 anak muda teruja bidang agro

Hari kedua cukup meriah. Kehadiran luar biasa para pengunjung menjadikan HPPNK 2023 ini cukup bermakna.

Anak-anak muda ada yang mula meminati bidang pertanian selepas menyaksikan pelbagai agroteknologi yang dipamerkan. Agro Millenia ternyata menepati kemahuan mereka.

Perarakan jentera berhias MADANI Agro-Light ternyata memberi kelainan pada malam kedua HPPNK 2023. Para pengunjung teruja menyaksikan persembahan pancaragam, pertunjukan akrobatik motorsikal Army Red Warrior, persembahan artis dan tarian.

Jadi hari terakhir ini, anda jangan lepaskan peluang datang ke HPPNK 2023. Moh le kite!

Kredit Muzik: Bass That Thing Up - Luc Allierres