Usahasama Tourism Malaysia, Astro AWANI #Dah Sampai
  • 6 bulan lalu
Usahasama antara Tourism Malaysia dan Astro AWANI menerusi siri jelajah #Dah Sampai menjadi platform yang mampu merancakkan sektor pelancongan domestik sebelum bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Ammar Abd Ghapar berkata, menerusi siri jelajah berkenaan, pihaknya dapat menilai momentum pergerakan pelancong domestik di lokasi pelancongan di seluruh negara.

Justeru kata beliau, usahasama itu wajar diteruskan sehingga bermulanya kempen tahun melawat Malaysia 2026 dalam menyebar luaskan promosi pelancongan tempatan.
Disyorkan