Dewan Rakyat: SSL barangan asas boleh dicapai, tapi perlu semua terlibat

  • 6 bulan lalu
Perubahan dasar pertanian dan penternakan negara boleh dicapai sekiranya semua pihak melibatkan diri secara langsung.

Demikian Jelas Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi (PN) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Jelasnya, ketika ini KPKM sedang menjalankan pelbagai usaha bagi mencapai tahap sara diri (SSL) 100 peratus barangan asas tempatan.