Kelajuan 5G Malaysia terpantas di Asia Tenggara, ketiga di dunia - Fahmi Fadzil
  • 6 bulan lalu
Kelajuan rangkaian 5G Malaysia merupakan terpantas di Asia Tenggara dan ketiga di peringkat global dengan median kelajuan 485.25Mbps. Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, kejayaan itu membuktikan komitmen kerajaan terutama kementeriannya dalam memastikan kualiti rangkaian 5G bertaraf dunia dibangunkan di Malaysia.