'Dedah negara ugut Anwar, hantar nota bantahan' - Fadhli Shaari

  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 26 OKTOBER 2023

Ahli Parlimen pembangkang, Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan mendedahkan negara yang melakukan ugutan serta menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Fadhli berkata, pihaknya tidak sanggup melihat Anwar ditekan dan diugut seperti itu, lantas menyarankan nota bantahan dihantar kepada kedutaan negara terbabit yang berada di negara ini.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Palestin