Media punca sokongan orang bukan Islam rendah
  • 6 bulan lalu
Media punca sokongan orang bukan Islam rendah

Pandangan salah yang menganggap Hamas sebagai pengganas turut dirakam dalam media tempatan berbahasa Inggeris dan Mandarin, jelas Ketua Portfolio Hubungan Luar Negara PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Justeru, beliau memohon Menteri Komunikasi dan Digital menegur editor-editor terbabit agar jangan menggunakan naratif yang salah berhubung isu Gaza.

Ahli Parlimen Machang itu berpandangan, ia menyebabkan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap isu kemanusiaan di Gaza tidak optimum kerana tidak mendapat saluran maklumat yang tepat dari media berbahasa vernakular dan Inggeris.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar siri ke-418 bertajuk "Memenangi Perang Naratif Di Luar Gaza" bersama panel jemputan di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:
Youtube: https://www.youtube.com/live/8R1G1r9M9bc?si=-NBdPg1hGedLLb3x
Facebook: https://fb.watch/nUN70dk99n/
Twitter: https://twitter.com/SinarOnline/status/1717156413753917591
Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/631443/video/wacana/wacana-sinar-memenangi-perang-naratif-di-luar-gaza
Mobile: https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=369557

#SinarHarian #WacanaSinarHarian #WacanaSinar #Palestine #FreePalestine #SavePalestine #Gaza #PalestineWillBeFree #SaveGaza #PrayForPalestine
Disyorkan