Dilema Wanita EP5 - Suami Minta Izin Kahwin Lagi!

  • 7 bulan lalu
Dalam dunia ini semua orang ada bahagian ujian masing-masing. Jadi ada baiknya kita jangan menjadi hakim penilai dugaan siapa yang berat dan dugaan siapa yang tidak kerana Allah memberikan dugaan dan ujian sesuai kemampuan hambanya. Dilema Wanita kali ini menyelami hati seorang isteri yang berhadapan dilema dimadukan oleh suami yang disifatkan lelaki yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa menjaga kebajikan dirinya. Cuma satu menjadi halangan 'bahagia' dalam rumahtangga, ketiadaan zuriat. Bukan mahu menghalang perkara yang dibenarkan oleh agama, namun daripada meratapi kesedihan atau melepaskan amarah dan menyebarkan aib rumah tangga di media sosial, lebih baik wanita memikirkan kebajikan diri sendiri. Apakah perkara terbaik yang boleh dijadikan penyejuk hati untuk wanita yang bakal dimadukan? #DilemaWanita #MingguanWanita

Disyorkan