Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
  • 6 bulan lalu
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin

BERITA SEMASA 22 OKTOBER 2023

Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Mohd Amin.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketiadaan Menteri KPDN telah menyebabkan beberapa isu seperti kenaikan harga barang dan bekalan beras berpanjangan.

Beliau berkata, setakat ini, tidak dengar lagi sesiapa yang dilantik untuk jawatan tersebut sama ada Datuk Seri Mohamad Sabu melaksanakan tugas berkenaan atau sebaliknya.

Artikel: https://sinarharian.com.my/article/630680/berita/politik/lantik-segera-menteri-kpdn---muhyiddin

Muzik: Elevate dari http://bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian
Disyorkan