BSMM mahu jalin kerjasama dengan Karangkraf
  • 6 bulan lalu
BSMM mahu jalin kerjasama dengan Karangkraf

BERITA MOJO 20 OKTOBER 2023

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) berhasrat menjalinkan hubungan dan kerjasama strategik bersama akhbar Sinar Harian setelah mengadakan kunjungan hormat ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.

Setiausaha Agungnya, Hakim Hamzah berkata, pihaknya tertarik untuk bekerjasama dari segi mempromosikan pemberian bantuan kemanusiaan tidak kira dalam atau luar negara.

Menurutnya, kolaborasi bersama media dapat membantu memperkenalkan BSMM tentang aktiviti dan program yang dijalankan dengan lebih meluas kepada masyarakat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630517/berita/nasional/bsmm-mahu-jalin-kerjasama-dengan-karangkraf

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo