Separuh akhir Piala Malaysia: 397 polis kawal Stadium Perak

  • 7 bulan lalu
Separuh akhir Piala Malaysia: 397 polis kawal Stadium Perak

BERITA MOJO 19 OKTOBER 2023

Seramai 397 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara pasukan Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Ipoh, Perak malam ini, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Bagi memastikan tiada insiden luar jangka tercetus, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kawalan ketat akan dilakukan bagi menjamin keselamatan pemain dan penyokong kedua-dua pasukan.

Tambahnya, kesemua anggota membabitkan pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Team Cantas, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Trafik dan tugas am akan ditugaskan di Stadium Perak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630154/berita/semasa/separuh-akhir-piala-malaysia-397-polis-kawal-stadium-perak

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo