Enrolmen murid aliran STEM meningkat 45.73 peratus - Fadhlina
  • 6 bulan lalu
BERITA SEMASA 19 OKTOBER 2023

Enrolmen murid dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menunjukkan peningkatan daripada 40.95 peratus pada 2021 kepada 45.73 peratus pada 2023, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, ia hasil pelbagai langkah proaktif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memberi penekanan kepada meningkatkan minat murid menerusi pendekatan pembelajaran baharu dan pemantapan kurikulum.

Selain itu, KPM juga meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru bidang STEM serta meningkatkan kesedaran ibu bapa, orang awam terhadap STEM.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630184/berita/nasional/enrolmen-murid-aliran-stem-meningkat-4573-peratus---fadhlina

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen
Disyorkan