'Rumah tiada beras, sudah tiga hari tidak menanak nasi'

4 bulan lalu
'Rumah tiada beras, sudah tiga hari tidak menanak nasi'

BERITA MOJO 17 OKTOBER 2023

Seorang peniaga di Kuala Nerus, Terengganu yang menyediakan beras dan keperluan dapur percuma mendedahkan terdapat penerima sumbangan mengadu sudah tiga hari tidak menanak nasi kerana tidak mampu membeli beras, lapor wartawan Sinar Harian, Norhasfida Yatim.

Haslinda Wahab berkata, dia tidak menyangka terdapat keluarga yang kini berdepan situasi itu ketika mendapatkan barangan di bangsal kecil dinamakan 'pondok sedekah' bersebelahan premis perniagaannya di Pengkalan Maras, di sini.

"Saya tak sangka ramai yang datang ke sini sebab rumah tiada beras. Ada yang minta izin ambil beras sebab sudah tiga hari terputus bekalan makanan itu.

"Ada juga yang telah seminggu rumahnya tiada beras. Kalau mampu beli pun beras siap bungkus sikit-sikit dari kedai runcit seberat 1 kilogram (kg) untuk sekali masak.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/629749/edisi/terengganu/rumah-tiada-beras-sudah-tiga-hari-tidak-menanak-nasi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa