'Pertama kali jumpa namun jadi yang terakhir...'

  • 7 bulan lalu
'Pertama kali jumpa namun jadi yang terakhir...'

BERITA MOJO 16 OKTOBER 2023

Banyak kali dia memberitahu isteri ingin berjumpa arwah anak tirinya tetapi tidak berkesempatan, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Demikian luahan Sazali Eli, yang merupakan bapa tiri kepada Nicholas Laseh, 21 atau nama Islamnya, Muhammad Qusyairie Linggi yang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 8 Jalan Pantai di Port Dickson pada Ahad.

Dalam kejadian itu, Muhammad Qusyairie yang bekerja sebagai pekerja restoran dan seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dua buah motosikal ditungang mereka bertembung dalan kemalangan pada pukul
pukul 3.20 petang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/629635/berita/semasa/pertama-kali-jumpa-namun-jadi-yang-terakhir

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini