Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga Jam 12.30 Tengah Malam
  • 7 bulan lalu
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) hari ini mengumumkan pelanjutan waktu operasi Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang / Sri Petaling di Stesen LRT Bukit Jalil sehingga jam 12.30 malam Sabtu.

Dalam satu kenyataan, ia berkata, pelanjutan waktu operasi tersebut adalah bagi menyemarakkan lagi semangat sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan Pesta Bola Merdeka 2023 yang bakal berlangsung pada Jumaat, 13 Oktober 2023.