SEBELUM ini, nama pengacara, Nadia Annuar tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas tampil dengan imej terbaharu dengan tidak lagi mengenakan hijab

  • 7 bulan lalu
SEBELUM ini, nama pengacara, Nadia Annuar tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas tampil dengan imej terbaharu dengan tidak lagi mengenakan hijab.

Belum reda isu tersebut, kisah peribadinya kembali dijaja apabila empunya diri mengaku sudah bercerai dengan bekas suaminya yang juga seorang usahawan, Hafiz Salleh.

Perkahwinan tersebut yang merupakan perkahwinan kali kedua buat Nadia hanya mampu bertahan selama lapan tahun sahaja.

Biarpun pelbagai tohmahan dan pandangan negatif dilemparkan terhadapnya, namun jelitawan itu memilih untuk berdiam diri daripada mendedahkan aib rumah tangga.

Apakah yang membuatkan beliau memilih jalan tersebut?

Bagiamana pula reaksi tuan punya badan apabila ada segelintir masyarakat mengaitkan isu Nadia membuka tudung menjadi punca penceraian?

Seperkara, bagaimana dengan hak penjagaan anak-anaknya?

Segala persoalan tersebut dirungkaikan menerusi video ini COTD minggu ini.

Selebriti: NADIA SHAHRUL ANNUAR (@nadiaannuar)
Wartawan/Teks: ZAITON ABDUL MANAF(@honeza)
Video Editor: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)
#cotdsinarplus #nadiaannuar #hijab #perkahwinan #selebriti #sinarplus #lifestylesinarharian #lifestylesinarplus

Disyorkan