Lidah, testis lembu, kepala kambing menu unik sarapan pagi di Kelantan
  • 7 bulan lalu
Lidah, testis lembu, kepala kambing menu unik sarapan pagi di Kelantan

BERITA MOJO 10 OKTOBER 2023

Seorang peniaga kedai makan di Batu 11, Ketereh, Kota Bharu menampilkan menu unik untuk sarapan pagi iaitu lidah bakar, testis lembu goreng kunyit dan sup serta kari kepala kambing sekali gus mencetuskan kelainan daripada sedia ada di negeri Kelantan iaitu nasi berlauk, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Lebih menarik lagi, air asam perut, singgang daging, dan daging bakar lembu turut turut dijual bersama sup kaki kambing dan ikan rebus goreng.

Selain itu, menambah lagi kelainan Md Rusmadi Mamat, 46, berkata, kehadiran sambal buah cupu serta mangga membuka lagi selera untuk menikmati hidangan istimewa di kedai makan yang dikenali sebagai Pok Die.

Muzik: Bensound "Hey"

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo