Malaysia perlu manfaatkan trend pelabur yang ingin keluar dari China, tetapi kekal di Asia - Profesor Ekonomi Universiti Oxford

  • 8 bulan lalu
Profesor Dasar Ekonomi, Pusat Pengajian Ekonomi dan Kerajaan Blavatnik Universiti Oxford, Profesor Stefan Dercon berkata wujud trend syarikat multinasional untuk keluar daripada China tetapi masih mahu kekal di Asia kerana faktor rantaian nilai yang strategik. Jelasnya, Malaysia perlu manfaatkan trend ini dengan menawarkan tenaga mahir dan pendekatan memudahkan perniagaan bagi menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat gergasi ini.