Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM

  • 8 bulan lalu
Kerajaan akan memulakan perbincangan untuk menyerahkan semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada Syarikat Bertujuan Khas (SPV) pada 2018 ketika di bawah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kewangan yang dipegang olehnya berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang terus memulih.