Replika wau gergasi curi tumpuan di Pelangai
  • 7 bulan lalu
Replika wau gergasi curi tumpuan di Pelangai

BERITA MOJO 27 SEPTEMBER 2023

Dua replika wau gergasi dengan lambang bendera Perikatan Nasional (PN) dan Pas di Felda Kemasul, Pelangai, Bentong, Pahang mencuri tumpuan sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, lapor wartawan Sinar Harian, Norhidayah Hairom.

Salah satu replika bersaiz 25x28 kaki ditempatkan di persimpangan masuk Felda Kemasul, manakala satu lagi replika bersaiz 22x25 kaki ditempatkan di pekarangan kediaman penduduk.

Wau gergasi itu adalah hasil kerja tangan pesara tentera, Khairul Anuar Ab Hamid yang berasal dari negeri Kelantan.

Menurutnya, dia melakukan persiapan untuk membuat replika wau gergasi itu sebelum Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh PRK tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/281157/edisi/pahang/replika-wau-gergasi-curi-tumpuan-di-pelangai

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PRKPelangai