Bayar cukai menunjukkan patriotisme
  • 7 bulan lalu
Bayar cukai menunjukkan patriotisme

SHORTS WACANA SINAR 27 SEPTEMBER 2023

Patriotisme di negara ini bukan sahaja ditunjukkan melalui mengibar bendera atau berdiri semasa mendengar lagu Negaraku, tetapi ia juga bermakna mencapai kesepaduan sosial.

Felo Akademi Sains Malaysia, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, prinsip kepada kesepaduan ialah apabila kita bersetuju untuk bersetuju, dan bersetuju untuk tidak bersetuju dengan orang lain.

Namun jelasnya, apa yang juga penting dalam menunjukkan semangat patriotisme adalah dengan menjalankan kewajipan membayar cukai untuk kegunaan rakyat yang lain.

Ikuti perbincangan dalam Wacana Sinar bertajuk: Penyebaran Ideologi Asing: Lunturkah Semangat Patriotisme? di semua platform digital Sinar Harian.

TONTON VIDEO PENUH DI:
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1444324169692060
YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=z4fLdhTScdE

#SinarHarian #WacanaSinar #KuasaRakyat