Lelaki ditahan campak cat putih ke kawasan masjid
  • 7 bulan lalu
Lelaki ditahan campak cat putih ke kawasan masjid

BERITA MOJO 24 SEPTEMBER 2023

Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar masjid dan mencampakkan satu tong cat berwarna putih di pekarangan Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim pada 19 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kejadian pada jam 3.26 pagi tersebut telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) masjid dan pengerusinya telah membuat laporan jam 10.30 pagi pada hari sama.

Menurutnya, tindakan suspek berusia 43 tahun tersebut telah mengundang isu kerana didakwa telah membuang lemak babi dan polis menafikan perkara tersebut kerana tidak melibatkan isu keagamaan.

Artikel: https://shorturl.at/aejZ8

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo