‘Kenapa takut kalau di pihak benar?’
  • 7 bulan lalu
‘Kenapa takut kalau di pihak benar?’

BERITA SEMASA 22 SEPTEMBER 2023, JUMAAT

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tiada sebarang rasa canggung atau takut apabila beliau lantang berbicara soal rasuah kerana yakin berada di pihak yang benar.

Menurutnya, walaupun ada yang beranggapan bahawa beliau seolah-olah bersikap ‘suci’ dan ‘bersih’ di mata masyarakat, ia bukanlah penghalang untuknya terus bersuara.

Keputusan sama ada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM1 juta ketika mengetuai Armada Bersatu akan diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November depan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/280278/berita/nasional/syed-saddiq-tidak-gentar-bersuara-soal-rasuah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian