Bapa kandung, ibu tiri dipenjara dua tahun aniaya anak
  • 7 bulan lalu
Bapa kandung, ibu tiri dipenjara dua tahun aniaya anak

BERITA MOJO 21 SEPTEMBER 2023

Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman dua tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya seorang anak lelaki mereka hingga menyebabkan kecederaan fizikal, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Tertuduh, berumur 27 dan 31 tahun itu membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Norma Ismail.

Mahkamah turut menetapkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun tanpa cagaran dan menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 80 jam.

Muzik: Elavate dari Bensound

Artikel berkaitan: https://bitly.ws/ViUa

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mojo #MojoLIve #SinarTerkini