Suri rumah jana pendapatan jual bunga telang
  • 7 bulan lalu
Suri rumah jana pendapatan jual bunga telang

BERITA SEMASA 20 SEPTEMBER 2023

Kemalangan menimpa suaminya telah merubah kehidupan seorang suri rumah yang kini bergelar pengusaha bunga telang untuk dibekalkan ke sebuah restoran selain memenuhi permintaan pasaran tempatan termasuk untuk proses kajian, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Nor Hasmidar Hamzah, 36 berkata, tanaman yang diusahakan di kebun belakang rumahnya di Kampung Gong Penaga, Besut bermula pada Mei lalu dengan dibantu suaminya, Tengku Mazhad Tengku Mahmud, 36.

Menurutnya, permintaan tinggi terhadap sumber pewarna semula jadi itu menyebabkan dia kini memberikan fokus sepenuhnya terhadap penanaman bunga telang sehingga mampu menjadi pembekal benih, bunga segar dan bunga siap proses dalam bentuk bunga kering untuk pasaran tempatan di seluruh negara.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/279543/edisi/terengganu/suri-rumah-jana-pendapatan-hasil-tanaman-bunga-telang

Muzik: www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #MojoLive #SinarTerkini