Suhaizan angkat sumpah jawatan ahli Parlimen Pulai
  • 7 bulan lalu
Ahli Parlimen Pulai yang baharu, Suhaizan Kayat selesai mengangkat sumpah jawatan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Selasa.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Dalam ucapan Johari selepas selesai majlis angkat sumpah, beliau mengucapkan tahniah kepada Suhaizan kerana diangkat sebagai Ahli Parlimen.