China–ASEAN: Malaysia ambil sikap pragmatik, tidak cenderung dengan China sahaja
  • 7 bulan lalu
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, beliau memahami pandangan sesetengah pihak yang melihat Malaysia terlalu cenderung mendapatkan pelaburan dan hasil ekonomi dari China, sedangkan negara itu sedang bersaing untuk memperluaskan pengaruh geopolitiknya.

Beliau menjelaskan, Malaysia sentiasa mengambil pendekatan pragmatik, dan kekal bebas, serta memastikan hasil pelaburan memberi pulangan yang dapat memanfaatkan Malaysia serta rakyatnya.