Simulasi: Letupan hospital, 30 mangsa terperangkap dibawa keluar dengan selamat
  • 7 bulan lalu
Simulasi: Letupan hospital, 30 mangsa terperangkap dibawa keluar dengan selamat

BERITA MOJO 17 SEPTEMBER 2023

Beberapa siri letupan menggegarkan wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Teluk Intan, Perak pada Sabtu hingga mengakibatkan runtuhan bangunan dan kebakaran berlaku, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Pasukan penyelamat melaporkan dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, sekurang-kurangnya 30 mangsa terperangkap dengan 10 daripadanya termasuk pesakit cedera parah.

Operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa digerakkan dengan kekuatan 140 anggota daripada pelbagai agensi diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), Paramedik, Jabatan Kesihatan, Rela dan bantuan Unit Udara Bomba.

Arttikel: https://www.sinarharian.com.my/article/279390/edisi/perak/simulasi-letupan-hospital-30-mangsa-terperangkap-dibawa-keluar-dengan-selamat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaMojo BeritaSemasa #SinarHarian