Keluarga reda pemergian tiga wanita warga emas maut kemalangan
  • 7 bulan lalu
Keluarga reda pemergian tiga wanita warga emas maut kemalangan

BERITA SEMASA 15 SEPTEMBER 2023

Jenazah tiga wanita warga emas yang maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 167, Jalan Johor Bahru - Seremban (Tenang), Segamat pada petang Khamis, selamat dikebumikan di dua tanah perkuburan berasingan pada petang Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Jenazah Indok Akok Sitakak dan anak perempuannya, Tahallah Abdul Fatah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Parit Kerimun sementara menantu Indok, Fatimah Ismail dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Pekan Tampok, Pontian.

Pihak keluarga ketika ditemui menyatakan mereka reda dengan pemergian ketiga-ketiga ahli keluarga dan menyifatkannya sebagai ketentuan Ilahi.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini