Kanada hantar pesawat lain ke India bawa pulang PM

  • 8 bulan lalu
Kanada telah menghantar sebuah lagi pesawat ke India untuk membawa pulang Perdana Menteri Justin Trudeau, yang terkandas di negara itu sejak petang Ahad selepas pesawat yang dinaikinya untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di New Delhi mengalami masalah teknikal.

Sebuah pesawat Airbus gantian telah meninggalkan Trenton di Kanada dan sedang dalam perjalanan ke ibu negara India untuk mengambil Trudeau dan delegasinya.