Keputusan Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram

  • 8 bulan lalu
Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram yang bermula 8 pagi tadi berakhir dengan kesemua 61 pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang tadi.

Selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 362 saluran iaitu 294 di Parlimen Pulai dan 68 di DUN Simpang Jeram, dibawa ke dua pusat penjumlahan undi seawal 7.20 malam tadi, sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Penjumlahan undi bagi Parlimen Pulai dilakukan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar manakala bagi DUN Simpang Jeram ialah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.