'Insya-ALLAH saya akan tunaikan amanah ini' - Peguam Negara baharu
  • 8 bulan lalu
'Insya-ALLAH saya akan tunaikan amanah ini' - Peguam Negara baharu

BERITA MOJO 6 SEPTEMBER 2023

Peguam Negara yang baharu dilantik Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh memulakan tugas rasminya pada pagi Rabu, lapor wartawan Sinar Harian Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Terdahulu, beliau memulakan tugas rasminya pada pagi Rabu dengan melakukan daftar masuk kehadiran menerusi sistem dalam talian sebaik tiba jam 8.15 pagi.

Ahmad Terrirudin dalam pada itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana memperkenankan lantikannya.

Pelantikan Ahmad Terrirudin dibuat bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/277464/berita/nasional/insya-allah-saya-akan-tunaikan-amanah-ini---peguam-negara-baharu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian
Disyorkan