[TERKINI] PDRM rekod keterangan Tun Mahathir hina institusi diraja
  • 8 bulan lalu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penghinaan institusi diraja menerusi kenyataan yang disiarkan dalam sebuah portal pada 6 Jun lalu.

Perkara itu seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada Selasa.