Jentera BN habis-habisan bantu PH di Simpang Jeram
  • 8 bulan lalu
Jentera BN habis-habisan bantu PH di Simpang Jeram

SHORTS SINAR LIVE 26 OGOS 2023

Tidak timbul isu hubungan rapat Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Menteri Besar Johor itu turut mengiringi calon PH-BN kerusi DUN Simpang Jeram dari Amanah, Nazri Abdul Rahman.

Malah jelas Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda, kelihatan seperti Onn sendiri yang bertanding melihat kepada kesungguhan beliau berkempen kerana sebarang keputusan negatif di sana akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Besar di negeri yang sealiran dengan Kerajaan Perpaduan.

Saksikan petikan Sinar Live bertajuk ‘Bolehkah gelombang hijau tembusi Johor?’ bersama Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Ts Nurul Aishah Ab Raman dan Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda di platform digital Sinar Harian.

Video Penuh: https://fb.watch/mFe9VA2Xbl/?mibextid=qC1gEa

#SinarLive #SinarHarian #KuasaRakyat #PilihanRayaKecil #PRKParlimenPulai #PRKDUNSimpangJeram