Parlimen Thailand sokong hartawan hartanah pro-Thaksin sebagai Perdana Menteri

  • 9 bulan lalu
Calon perdana menteri parti Pheu Thai, Srettha Thavisin, 60, berjaya memperoleh sokongan yang mencukupi di Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand.

Hartawan hartanah itu memperoleh 374 undi, jumlah yang mencukupi jam sekitar 4.50 petang waktu tempatan, lantas memecahkan kebuntuan lantikan perdana menteri pasca pilihan raya umum 14 Mei lalu.

Lantikan itu juga dibuat beberapa jam selepas pemimpin utama parti Pheu Thai, Thaksin Shinawatra pulang ke tanah air pada pagi Selasa.

Disyorkan