Abang Sanusi tolak 'job' demi perjuangan
  • 8 bulan lalu
Abang Sanusi tolak 'job' demi perjuangan

BERITA SEMASA 12 OGOS 2023

Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, iaitu Shabudin, 57,sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar bagi memberi laluan untuk menunaikan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu, lapor Wartawan Sinar Harian Siti Zubaidah Zakaraya.

Shabudin tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai membuang undi 15 minit kemudian.

Anak kedua daripada 13 beradik ini berkata 12 lagi adik beradiknya serta kedua ibu bapanya turut mengundi di tempat yang sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/273327/edisi/utara/abang-sanusi-sanggup-tolak-job-demi-perjuangan

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PilihanRayaNegeri #KuasaRakyat #PRN2023