Pas mohon maaf insiden Dominic 'dihalau'
  • 9 bulan lalu
Pas mohon maaf insiden Dominic 'dihalau'

BULETIN TIKTOK 4 OGOS 2023

Pas memohon maaf dan merakamkan rasa kurang selesa berhubung insiden membabitkan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau yang didakwa 'dihalau' ketika Ceramah Mega PN Best di Tasek Gelugor di Pulau Pinang baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, walaupun Datuk Dominic kemudiannya dilaporkan menolak dakwaan tersebut, namun pihak kepimpinan Pas Pusat percaya kehadiran beliau perlu diterima dan dihargai sebagai tetamu berdasarkan akhlak dan prinsip-prinsip Islam.

Artikel: https://bit.ly/3KpeXbO

Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co