Orang Bujang Pun Wajib Celik Faraid

  • 10 bulan lalu
Orang Bujang Pun Wajib Celik Faraid

Mati itu pasti. Adat kehidupan selalu melihat orang tua ‘pergi’ dahulu. Hakikatnya orang muda, yang sudah kahwin atau si bujang pun bakal dijemput Izrail bila-bila masa sahaja.

Bersediakah kita ‘pergi’ menghadap ILAHI dengan bekal amalan yang tak seberapa ini? Sudahlah amalan kurang, harta yang cuma sekelumit ditinggalkan untuk waris pun direbut-rebutkan sesama mereka.

Sebelum dijemput ke alam barzakh, sangat molek kalau dibuat sedikit persediaan. Bukan sahaja untuk mengumpul pahala sebanyak-banyaknya, bahkan kematian anda akan lebih ‘sempurna’ kalau waris yang ditinggalkan itu mendapat bahagian masing-masing. Tidaklah nanti sekadar menggigit jari bila melihat bahagian mereka dinafikan.

Pembahagian harta selepas meninggalnya seorang Muslim disebut Faraid. Kesedaran berfaraid menjadi satu tuntutan prima buat semua.

Apatah lagi buat golongan bujang, sama ada anda bujang yang belum berumahtangga atau bujang yang pernah berkahwin, usah sesekali memandang enteng perihal pembahagian harta pusaka ini.

Jom sama-sama ikuti kupasan Faraid; Orang Bujang Juga Wajib Tahu dalam Podcast POV SI+ minggu ini.

Bersama panel jemputan Ustaz Zahari Mahad Musa, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-undang, USIM dan hos Azman Mohd Nawi di platform Sinar Islam Plus dan Sinar Harian.

#sinarislamplus
#sinarharian
#sinarbestari
#sinarplus
#sinardaily
#warisanummahikhlas
#rasuahbusters
#karangkrafmall